Laman Utama Kata Aluan Pentadbiran Kenali Kami Aktiviti Sensasi PIBG Hubungi Kami |
SEJARAH SEKOLAH | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bangunan pejabat sekolah | Bangunan Makmal sekolah | |||||||||||||||||||||||||||||||||
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA Sejarah awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Seri Muda bermula se awal tahun 40-an. Sebuah rumah kongsi peninggalan sekumpulan pekerja kontraktor Cina yang pada ketika itu bertugas mengorek tali air Sungai Korok telah digunakan sebagai sekolah , kemudian berpindah sementara ke rumah Tuan Haji Mustaffa Bin Haji Din dan beberapa rumah lagi. Pada tahun 1953 , sebuah bangunan tetap didirikan di atas sebidang tanah milik Encik Ariffin Bin Md Samad. Institusi ini dinamakan Sekolah Rakyat Alor Biak, Mukim Jeram . Bangunan dibina dengan tiang ‘kayu Jumlah murid pada peringkat awal seramai 50 orang , seterusnya meningkat angka 120 pada tahun 1953. Kerajaan telah mengiktiraf Sekolah Rakyat Alor Biak dan memberi separuh bantuan . Mana-mana penduduk kampong yang berpengetahuan Rumi dan jawi diambil sebagai guru . Pada tahun 1953 juga Encik Abdul Hamid Bin Yunus dilantik sebagai guru besar pertama. Bilangan guru semakin bertambah hingga menjadi 14 Pada tahun 1963, pihak kerajaan memperakui Sekolah Kebangsaan Alor Biak sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan , sebuah bangunan baru dibina dan Cikgu Taib Bin Jusoh pula menjawat jawatan guru besar. Pada tahun 1968 nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Muda, sinonim dengan kedudukan geografi di kawasan Pertanian Muda. Peningkatan dan perkembangan sekolah dapat dilihat dengan jelas pada sekitar tahun 90-an. Lebih ramai guru yang berkelayakan ditempatkan di sekolah ini. Bilangan Kelas juga turut meningkat. Kini, Sekolah Kebangsaan Seri Muda telah menempa nama di antara sekolah yang dihormati dan disegani setelah melakukan kemajuan terancang sama ada bidang akademik mahupun kokurikulum. Kemajuan ini dicapai hasil pemuafakatan semua warga sekolah termasuk para waris dan diserlahkan dengan kepemimpinan Tuan Haji Ahmad Hulmi Haji Ismail merangkap Pengerusi MGB Kedah. Pertengahan tahun 2004 sekolah ini diterajui pula oleh seorang guru besar baru yang berwibawa dan melakar wajah baru sekolah ini. Hingga sekarang Puan Hajjah Rusna Binti Abdullah giat melakukan pelbagai usaha untuk memperkasakan sekolah. PELAJAR TERAS KEMAJUAN Cogan kata ini membawa maksud pendidikan bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat Malayisa 1.15 SENARIO SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Seri Muda mempunyai satu blok bangunan tiga tingkat, satu blok bangunan dua tingkat, tiga blok bangunan satu tingkat , sebuah kantin, sebuah kedai koperasi dan sebuah makmal komputer . Pentadbiran sekolah sekolah diterajui oleh Guru Besar dan tiga orang penolong kanan , 45 kakitangan akademik dan 10 orang staf sokongan. Bilangan pelajar seramai 881 orang berakhir 31 Januari 2006.Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dengan satu sesi dan setiap aliran tahun 1 hingga 6 mempunyai 4 kelas. Bilangan kelas berjumlah 24 buah. 1.16 SENARAI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MUDA
|
FALSAFAH SEKOLAH
|
Mula | ||